MBSB Bank tamatkan platform e-dompet
\MBSB Bank Bhd hari ini mengumumkan platform e-dompetnya akan ditamatkan berkuat kuasa 31 Mei 2024.
Menurut bank itu dalam kenyataan, keputusan strategik tersebut sejajar dengan usaha berterusannya untuk mengoptimumkan dan menyelaraskan penawaran digitalnya.
“MBSB Bank kekal komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penyelesaian kewangan yang inovatif.
“Pelanggan boleh terus menggunakan perbankan dalam talian M Journey, platform DuitNow QR dan Online Banking Wallet MBSB Bank untuk urus niaga yang lancar,” katanya.
Menurut MBSB Bank, semua baki dalam akaun e-dompet akan dikembalikan kepada pemegang akaun masing-masing.
Katanya pihak bank mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan dalam usahanya untuk mengekalkan standard kepuasan pelanggan yang tertinggi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai