Skip to main
Logo Malaysiakini

'RUU kewarganegaraan untuk beri hak sama kepada ibu warga Malaysia'

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

WAWANCARA l Sambil mengakui bidasan yang menyelubungi cadangan pindaan undang-undang kewarganegaraan, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bertegas bahawa peruntukan yang memberikan hak sama rata kepada ibu-ibu Malaysia mengenai anak-anak yang dilahirkan di luar negara adalah satu langkah yang positif.

“Tiada apa yang boleh mengubah hakikat bahawa kerajaan campuran yang membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk memberi ibu Malaysia peluang dan hak sama rata untuk memberikan kerakyatan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

“Kami berjaya membentangkan RUU itu. Jadi, untuk itu, saya amat berbesar hati kerana ada kemahuan politik untuk membawanya (ke Parlimen),” katanya kepada Malaysiakini dalam temu bual eksklusif di kementeriannya Khamis lepas.

Pada hari-hari awalnya sebagai menteri kabinet, Yeoh mengimbas kembali bagaimana lima menteri wanita, termasuk dirinya, bertegas mahu memastikan ibu Malaysia, yang berkahwin dengan pasangan warga asing, boleh memberikan kerakyatan mereka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara.

Empat lagi menteri wanita ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

“Apabila kami (menteri wanita) berkumpul pada awalnya, itu adalah perkara pertama yang kami katakan kami mahu lakukan.

“Jadi, kami beritahu perdana menteri (Anwar Ibrahim) bahawa itu perlu menjadi reformasi nombor satu kami untuk mendapatkan hak sama rata buat wanita. Kami berterima kasih kerana menteri dalam negeri (Saifuddin Nasution Ismail) dan perdana menteri bersetuju bahawa itu perlu menjadi reformasi pertama kami.

"Dan kita telah melihat proses itu dan, dengan itu, datang pindaan lain yang dicadangkan, termasuk menyaksikan perdebatan dan kritikan sengit," katanya.

Pada 27 Mac lalu, kerajaan menangguhkan sesi perbahasan RUU pindaan kerakyatan kepada sidang parlimen akan datang selepas sidang lalu kesuntukan masa.

Saifuddin mahu pindaan kerakyatan dibahaskan dan diundi pada sidang Parlimen berkenaan. Bagaimanapun, dia hanya sempat melakukan bacaan kali kedua RUU itu sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan.

[Baca berita penuh]