Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangan termakan umpan agama, kaum PN, kata Yeoh

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

WAWANCARA l Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengingatkan rakan-rakan ahli parlimen kerajaan agar tidak terpengaruh dengan provokasi kaum dan agama pembangkang.

Sambil menyerlahkan blok pembangkang yang terdiri daripada Bersatu dan PAS adalah parti berasaskan kaum dan agama, katanya adalah tidak menghairankan bagi mereka untuk mengheret setiap perkara menjadi isu dan kaum dan agama.

Memetik kontroversi baru-baru ini mengenai pengiktirafan bak kut teh sebagai hidangan warisan negara, dia berkata, makanan itu bukannya satu-satunya yang disenaraikan dan menjelaskan mengapa isu itu dimainkan oleh pembangkang.

“Ia kerana mereka (pembangkang) mempunyai penonton seperti itu. Akibatnya, perkara yang bukan masalah sebelum ini boleh menjadi masalah hari ini.

“Kecaman yang kita dengar hampir sama dengan apa yang kita dengar pada 2018 ketika Pakatan Harapan mula-mula mengambil alih Putrajaya. Ketika itu Umno dan PAS berada dalam barisan pembangkang.

“Kamu perlu memahami sifat pembangkang. Dan bagi kami, jangan termakan umpan yang mereka cuba pancing  kami itu,” kata Yeoh semasa wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di kementeriannya pada Khamis, 4 April lalu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, pembangkang memainkan sentimen perkauman dan agama semasa pemerintahan Pakatan Harapan tidak seperti ketika gabungan berbilang kaum itu sendiri dalam pembangkang.

“Rakyat menganggap ia adalah masa aman (semasa PH menjadi pembangkang),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Yeoh memberi jaminan bahawa pentadbiran yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang gigih berusaha untuk melakukan  pembaharuan.

Ia susuan bidasan daripada penyokong bahawa kadar reformasi adalah terlalu perlahan dan tiada peningkatan serta kemajuan yang ketara.

Sebagai tindak balas, Yeoh memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said dan bekas timbalan menteri Ramkarpal Singh kerana meluluskan beberapa undang-undang penting, antara lain termasuk undang-undang anti-menghendap, pemansuhan hukuman mati mandatori, dan menyah kriminalisasi percubaan membunuh diri.

“Itu baru sahaja tahun pertama (selepas kerajaan campuran mengambil alih Putrajaya). Ramai menteri juga sudah mula mendesak reformasi di pelbagai kementerian.

"Mesej saya kepada penyokong kami ialah ya, kita semua mahukan pembaharuan dan saya boleh memberi jaminan kepada penyokong bahawa kami sedang bekerja keras untuk menjayakan perkara ini," tambahnya.

[Baca berita penuh]