Polis rakam keterangan Tamrin Ghafar isu tulisan di blog
Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini memberi keterangan kepada polis berkaitan catatan di blognya pada 4 April.
Mohd Tamrin hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman, kira-kira 10.30 pagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
“Kita telah ambil keterangan daripadanya (Mohd Tamrin) pada 10.30 pagi tadi dan akan lengkapkan kertas siasatan untuk tindaka lanjut,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Tamrin, 74, yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba menerima panggilan telefon daripada polis, berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai