Terima rasuah bulanan: SPRM tahan kakitangan Pejabat Perikanan Perlis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang dipercayai menerima sogokan bulanan daripada sebuah syarikat dua tahun lepas.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM800 secara bulanan sebagai dorongan supaya pihak Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot menangkap ikan milik syarikat tersebut.
Sumber itu berkata sebanyak enam transaksi dikesan membabitkan akaun bank Pembantu Laut (Gred A19) itu sekitar 2022.
Beliau berkata suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Perlis pada 2.45 petang.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai