Skip to main
Logo Malaysiakini

'Kerajaan ada kaedah tersendiri pastikan kemenangan di KKB'

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Parti-parti dalam kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Rabu lepas.

"...Sudah pasti setiap parti dalam kerajaan perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon," kata Ahmad Zahid yang juga presiden Umno kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk malam tadi.

Rumah terbuka di Kompleks Umno Bagan Datuk itu dihadiri lebih 8,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili PH pada 21 Mac lepas.

-Bernama