Sultan S'gor berkenan sambutan hari TLDM batal, diganti baca Yasin dan tahlil
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang sepatutnya dijadualkan pada Jumaat ini dibatalkan.
Menurut Selangor Royal Office dalam catatan di laman Facebook hari ini, ia susulan nahas dua helikopter TLDM terhempas semasa raptai di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi yang mengorbankan 10 nyawa.
"Sebaliknya, satu majlis bacaan Yasin dan tahlil doa selamat akan diadakan bertempat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut sebelum Solat Jumaat," menurut catatan itu.
Catatan itu turut memaklumkan bahawa Sultan Sharafuddin, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, dijangka berangkat ke majlis berkenaan.
Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai