Skip to main
Logo Malaysiakini

Kebebasan media: Merudum 34 anak tangga, M’sia bukan lagi terbaik di Asean

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, merudum 34 tangga berbanding di tempat 73 tahun lepas.

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

Menurut indeks itu, ia berpunca daripada tindakan kerajaan menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.

Sekatan itu antaranya melibatkan UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) serta MalaysiaNow.

Malaysia kini berada di bersama kelompok negara seperti Maldives (106) dan Burundi (108).

Kedudukan bagi negara-negara lain di Asia Tenggara seperti berikut: Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Indeks RSF itu melibatkan 180 negara.

RSF ialah badan antarabangsa yang memantau kebebasan media di seluruh dunia.

[Baca berita asal]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!