Skip to main
Logo Malaysiakini

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, 2 mangsa selamat

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai di Ipoh, hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Mohd Yusri berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!