Skip to main
Logo Malaysiakini

Iran mesyuarat tergempar susulan kematian presiden

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Kerajaan Iran telah mengadakan mesyuarat tergempar susulan berita penemuan bangkai helikopter yang membawa Presiden Ebrahim Raisi, di kawasan terpencil di barat laut Iran.

Naib Presiden Mohammad Mokhber mengetuai mesyuarat tergempar kabinet Iran pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Helikopter yang membawa Raisi dan delegasi yang mengiringi beliau, terhempas pada Ahad di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur.

Pasukan mencari dan menyelamat telah menyusuri kawasan pergunungan dalam kabus tebal semalaman dan menemukan bangkai pesawat itu awal pagi Isnin.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain turut berada di dalam pesawat itu.

- Bernama-Irna