Guna hak jawab dalam media, jangan ugut wartawan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua ahli politik, termasuk dirinya, agar menghormati tugas dan hak wartawan untuk membuat laporan.
Menjawab dakwaan ugutan yang dibuat terhadap beberapa wartawan portal dalam talian berbahasa Tamil oleh seorang ahli politik, Fahmi berkata dia telah meminta maklumat lanjut berhubung insiden yang dilaporkan itu, bagi mencari penyelesaian secara baik bagi pihak terbabit.
"Peringatan buat diri saya dan rakan-rakan ahli politik, kita perlu sentiasa menjaga adab dan akhlak dan harus lihat wartawan memainkan peranan penting.
"Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan laporan itu, tapi secara umumnya akan ada apa yang disebut right of reply (hak jawab). Jadi gunakan ruang itu untuk memberi pandangan.
"Janganlah sehingga kita melakukan sebarang tindakan di luar lunas undang-undang. Jangan ambil tindakan sendiri," kata Fahmi di Astana, Kuching selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan ancaman terhadap wartawan portal Tamil, Fahmi menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kedua-dua pihak yang terlibat.
"Saya tidak bersetuju dan saya mengecam sebarang tindakan yang mengancam keselamatan wartawan," tegasnya.
Pada Rabu, Malaysia Gazette melaporkan Persatuan Wartawan India Malaysia (Mija) meminta pertemuan dengan Fahmi berhubung dakwaan ugutan dan fitnah terhadap tiga wartawan portal dalam talian Tamil.
Presiden Mija, Gunalan Maniam berkata seorang ahli politik wanita juga telah mengeluarkan notis tuntutan kepada tiga portal dalam talian Tamil yang mengancam saman undang-undang.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia sebagai maklum balas telah menggesa Fahmi mengambil tindakan segera dan menghentikan serangan sedemikian.
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai