12 cedera akibat gelora udara dihadapi penerbangan Doha ke Dublin
Enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi satu penerbangan dari Doha, Qatar ke Dublin, Ireland, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan, pihak Lapangan Terbang Dublin berkata penerbangan Qatar Airways itu mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum pukul 1 tengah hari (1200GMT) pada Ahad.
"Sebaik mendarat, pesawat itu disambut oleh perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kami, kerana enam penumpang dan enam kru (keseluruhan 12) di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara ketika melalui ruang udara Turkiye," kata pihak lapangan terbang itu.
"Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di darat kepada penumpang dan petugas syarikat penerbangan," katanya lagi.
Insiden ini berlaku seminggu selepas seorang lelaki British meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami gelora udara yang teruk.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai