Skip to main
Logo Malaysiakini

Papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan terbakar

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Sebuah papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya dekat Kuala Lumpur, dilaporkan terbakar dipercayai berlaku pada 1.25 tengah hari tadi.

Video kebakaran itu tular di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.

Selain itu, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu semasa kebakaran berlaku.

Berdasarkan video yang tular, individu terlibat dilihat menuruni papan iklan itu selain bomba sudah berada di lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Sollehuddin Zolkifly ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

- Bernama