Skip to main
Logo Malaysiakini

ESEI FOTO: Kian sepi, pawagam berusia 104 masih ada peminat setia

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

ESEI FOTO | Perkembangan platform penstriman menjadikan pawagam yang suatu ketika dulu meriah pada musim cuti sekolah dengan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berhibur, kini kian sepi.

Demikian nasib pawagam Coliseum di Kuala Lumpur yang sudah beroperasi lebih 104 tahun.

Bangunan yang dibina pada 1920 itu dikenali menayangkan filem blockbuster Tamil. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, ia juga menayangkan filem klasik Melayu suatu ketika dahulu.

Pengurus pawagam Coliseum, Shamala, 32, berkata pawagam pada masa kini bergelut untuk mengekalkan operasi. Lebih parah lagi, katanya, filem kini boleh dimuat turun secara percuma ketika ini.

Namun, Shamala berkata, pawagam masih punya harapan.

Katanya, filem-filem tertentu masih berjaya menarik penonton meninggalkan skrin di rumah dan masih ada khalayak yang mahu melihat pelakon kegemaran mereka di layar pawagam.

Bangunan pawagam Coliseum yang dibina pada 1920.

Antara khalayak yang masih menikmati aktiviti menonton filem di Coliseum.

Pantulan cahaya projektor memaparkan filem yang sedang ditayangkan.

Pawagam dan popcorn tidak dapat dipisahkan.

Sekurang-kurangnya, pemuda ini tidak perlu lagi berbaris panjang untuk membeli tiket.

Nostalgia mungkin turut memainkan peranan untuk penonton-penonton ini menikmati filem di Coliseum.

Kanak-kanak ini akan mengenang pengalaman menonton di Coliseum bersama ibu bapa mereka suatu hari nanti.

Kekuatan filem memainkan peranan untuk menarik penonton hadir ke pawagam.

Pasangan muda ini ralit dengan stimulasi visual dan cerita di layar besar.

Poster filem terbaru disiarkan di luar bangunan Coliseum.

Bangunan Coliseum yang terletak di Lorong Tunku Abdul Rahman.