Sepanyol sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ
Sepanyol telah memutuskan untuk menyertai kes genosid Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Menteri Luar Sepanyol pada Khamis.
"Kami membuat keputusan ini berikutan penerusan operasi ketenteraan di Gaza.
"Kami juga memerhati dengan kebimbangan yang besar terhadap peluasan konflik di rantau ini," kata Jose Manual Albares dalam satu sidang akhbar, lapor Agensi Anadolu.
Sepanyol membuat keputusan ini bukan sahaja untuk "membawa kembali keamanan ke Gaza dan Timur Tengah," tetapi juga kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa, katanya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai