Skip to main
Logo Malaysiakini

Saya tak beritahu SPRM Guan Eng minta keuntungan 10 peratus: Saksi

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Seorang saksi pendakwaan utama dalam perbicaraan rasuah Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion memberi keterangan bahawa dia tidak memberitahu SPRM pada 2018 tentang tertuduh yang didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan masa depan nilai projek itu.

Bagaimanapun, pengarah Consortium Zenith Construction Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mengulangi dalam keterangan mahkamahnya bahawa ini kerana kenyataan yang diberikannya kepada SPRM pada Mac 2018 adalah mengenai siasatan agensi itu terhadap ahli perniagaan G Gnanaraja.

Zarul memberi keterangan lisan semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela RSN Rayer dalam prosiding terhadap saksi penting pendakwaan itu.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, peguam pembelaan Lim cuba mencabar kredibiliti saksi itu.

Rayer: Dalam ini (kenyataan SPRM pada 2018), tidak ada sebut 10 peratus?

Zarul: Saya disuruh fokus pada Gnanaraja.

Rayer: Tidak, fokus pada kenyataan (SPRM pada 2018) ini.

Zarul: Betul. Bukan dalam kenyataan ini.

Zarul, bagaimanapun, menegaskan bahawa dia berpegang kepada keterangannya sekarang yang diberikan di mahkamah sesyen Kuala Lumpur pada Disember 2021, yang memaklumkan bahawa dia "terkejut" apabila Lim didakwa meminta 10 peratus keuntungan masa depan daripada projek itu.

Gnanaraja sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3 April 2019, atas dakwaan memperdaya Zarul sebanyak tiga kali pada 2017, untuk mempercayai dia (Gnanaraja) mempunyai kaitan politik yang boleh menghentikan siasatan SPRM terhadap Zarul.

Bagaimanapun, pada 23 Dis 2020, Gnanaraja mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 218(1)(A) Akta Syarikat 2016, dan mahkamah sesyen  Shah Alam menjatuhkan hukuman denda RM230,000 ke atasnya.

Gnanaraja dan Zarul kedua-duanya adalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang sedang berlangsung bagi kes rasuah Lim.

[Baca berita penuh]