Skip to main
Logo Malaysiakini

Tarik subsidi RON95? Keutamaan subsidi bersasar diesel buat masa ini - MOF

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Kerajaan hanya akan menumpukan kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel buat masa ini, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Dia menekankan kepentingan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel sebelum melihat penyelarasan subsidi untuk petrol RON95.

“Kerajaan faham kena buat rasionalisasi subsidi. Kita mula dengan diesel dulu buat masa ini.

"Jadi buat masa sekarang, dari segi kerajaan fokus terhadap diesel. Bila dah stabil, boleh tengok apa lagi nak buat,” katanya selepas melancarkan Simposium Sasana Bank Negara Malaysia 2024 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur hari ini.

Amir berkata demikian selepas Maybank Investment Bank dilaporkan berkata kerajaan mesti menyelaraskan subsidi secepat mungkin untuk mencapai penjimatan yang disasarkan dalam Belanjawan 2024.

Ketua ekonomi bank pelaburan itu Suhaimi Ilias berkata Putrajaya mesti menaikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter mulai 1 Julai.