Skip to main
Logo Malaysiakini

24 pelajar asrama di Jempol keracunan makanan

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Seramai 24 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah asrama penuh di Jempol, Negeri Sembilan dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah tengah hari di asrama sekolah itu, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin berkata sembilan daripada mereka telah dibenarkan pulang hari ini sementara 15 lagi pelajar masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi menerima rawatan susulan.

Beliau berkata kesemua pelajar yang masih dirawat berada dalam keadaan stabil.

“Kesemua mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati makan tengah hari di dewan asrama sekolah. Kira-kira 8 malam, mereka mengadu mengalami cirit birit dan muntah kepada warden bertugas sebelum dihantar ke HTAN,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya pihak Pejabat Kesihatan Daerah masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berharap ibu bapa pelajar sekolah itu tidak berasa risau kerana pihak JPNS telah mengambil langkah sebaiknya.

- Bernama