Skip to main
Logo Malaysiakini

Jemaah haji tunai ibadah melontar di hari pertama Tasyriq

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Pada hari kedua Aldiladha atau hari pertama Tasyriq, jemaah haji di Mina memulakan ibadah melontar batu di Jamarat, yang melibatkan lontaran batu kecil pada tiga tiang.

Ibadah melontar dimulakan dengan Jamarat Al-Oula (tiang kecil), diikuti dengan Jamarat Al-Wusta (tiang tengah) dan akhirnya Jamarat Al-Aqaba (tiang besar), mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad (SAW), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pelbagai laluan disediakan di pelbagai tingkat kemudahan Jamarat untuk mengatur dan memastikan aliran jemaah yang ramai berjalan lancar.

Struktur berbilang tingkat yang inovatif ini direka untuk mengagihkan jemaah dengan cekap semasa ibadah melontar.

Jambatan pejalan kaki menghubungkan Jamarat dengan Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Metro Line dan kem jemaah di Mina, memudahkan pergerakan yang selamat dan mudah.

- Bernama-SPA