Skip to main
Logo Malaysiakini

Wanita mohon diisytiharkan sebagai bukan Islam

Artikel ini sudah 15 hari diterbitkan

Seorang ahli perniagaan yang dilahirkan dan dibesarkan dalam kepercayaan Hindu membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan untuk mendapat perintah diisytiharkan sebagai bukan Islam.

Wanita berusia 45 tahun itu memohon agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac yang membenarkan permohonan Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan tuntutannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, peguam perayu S Karthigesan mengesahkan rayuan itu difailkan selepas mahkamah tinggi menyampaikan keputusannya.

Peguam itu menambah bahawa mereka akan mengkaji alasan penuh penghakiman Mahkamah Tinggi, yang baru dikeluarkan pada 13 Jun lalu.

Bagi rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya, wanita itu  bukan sahaja dikehendaki memfailkan notis rayuan, tetapi juga memfailkan petisyen rayuan yang merangkumi alasan penghakiman bertulis penuh yang tidak dipersetujuinya.

Pada 18 Mac lalu, Pesuruhjaya Kehakiman mahkamah sivil, Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan permohonan MAINS untuk membatalkan saman pemula wanita itu sebelum perbicaraan penuh mengenai meritnya dapat diteruskan.

Selain MAINS, dua lagi defendan yang menjadi sasaran tuntutan mahkamah ialah kerajaan persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

[Baca berita penuh]