Skip to main
Logo Malaysiakini

Semak fakta: Simbahan cat di rumah ketua polis Segamat berlaku Februari lalu

Artikel ini sudah 17 hari diterbitkan

Sekeping gambar yang memaparkan simbahan cat kuning pada papan tanda kediaman ketua polis daerah Segamat adalah kejadian yang berlaku pada Februari tahun ini.

Menurut Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, polis memaklumkan bahawa suspek berkenaan “berhalusinasi” dan telahpun didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut.

Yuneswaran berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Malaysiakini selepas imej itu tular di media sosial hari ini.

Ini selepas ia dikongsi oleh saluran siaran popular Telegram Edisi Siasat pada jam 7.22 pagi tadi.

Edisi Siasat berkongsi imej itu bersama satu lagi gambar nota tulisan tangan yang menggesa polis menutup "kedai dadah di Segamat".

Penyiar Telegram tidak memberitahu bila kejadian itu berlaku.

Saluran Telegram Edisi Siasat mempunyai 684,000 pengikut dan ditadbir tanpa sebarang nama.

Ia menyediakan pautan untuk pengikut menghantar maklumat yang bocor kepada mereka tetapi tidak menyatakan sama ada mana-mana maklumat yang diberikan disahkan atau tidak sebelum diterbitkan.


Malaysiakini adalah sebahagian daripada sekutu pemeriksa fakta Malaysia, JomCheck.

Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak fakta yang didakwa dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian tip di 017-477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan ini.