Skip to main
Logo Malaysiakini

Mati dalam tahanan polis: Balu tuntut ganti rugi RM1 juta

Artikel ini sudah 13 hari diterbitkan

Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis tiga tahun lalu menyaman pihak berkuasa itu serta kerajaan dan menuntut pampasan RM1 juta.

Balu kepada Faruq Abdullah dan seorang lagi anggota keluarga arwah memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 31 Mei, dengan menamakan ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan di samping enam pihak lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam M Manoharan–yang mewakili Humairah Abdullah, 27, dan kakak si mati K Jayanthi, 38–mengesahkan memfailkan writ saman itu dan kertas kausa juga sudah diserahkan kepada defendan.

“Anak guam saya menuntut RM1 juta untuk ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. 

“Walaupun kematian dalam tahanan melibatkan Faruq berlaku pada 2021, tiada sebarang inkues dibuat sehingga hari ini, kata peguam.

M Manoharan

Berdasarkan pernyataan tuntutan, keluarga mendakwa Faruq, 36, meninggal dunia di balai polis Klang Selatan pada 3 Jun 2021.

Mereka mendakwa polis gagal memastikan keselamatan si mati ketika menahannya pada 2 Jun 2021 bagi membantu siasatan kes curi tong gas.

Mereka mendakwa si mati dipukul, didera dan dicederakan sehingga membawa kepada kematian.

[Baca berita asal]