Abang Jo bayangkan Yang di-Pertua Dewan Negara baru orang Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu…tentu sekali anak Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban di Kuching, hari ini.
Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong, berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.
Mutang, 70 tahun, merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai