Skip to main
Logo Malaysiakini

Pesawat Malaysia Airlines ke Bangkok patah balik akibat 'isu tekanan'

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami “isu tekanan” semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesawat kekal stabil dan kembali ke KLIA dan selamat mendarat pada 8:18 malam.

-Bernama