517 unit mesin Bitcoin antara barang dilupuskan IPD Iskandar Puteri
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri hari ini melupuskan pelbagai barang kes bagi tempoh 2019 hingga Mei lepas yang bernilai RM428,450.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata semua barang kes itu adalah melibatkan 304 kertas siasatan yang telah diselesaikan dan mendapat arahan pelupusan daripada pihak mahkamah.
Beliau berkata empat daripada kertas siasatan itu adalah melibatkan barang kes mesin bitcoin iaitu 517 unit yang berjumlah RM232,650 dan merupakan barang kes dengan nilai tertinggi yang dilupuskan.
“Turut dilupuskan adalah 1,569 karton rokok pelbagai jenis, 751 kotak dan 325 karton arak seludup serta tiruan pelbagai jenama, 17 tong plastik dan lima mesin penutup botol. Semua barang kes melibatkan 48 kertas siasatan yang diselesaikan dengan rampasan bernilai RM174,300,” katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri di Iskandar Puteri hari ini.
Turut hadir menyaksikan operasi pelupusan itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor Nor Fadilah Johanuddin.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai