Skip to main
Logo Malaysiakini

K'jaan bentang pindaan undang-undang pemulihan dadah sesi parlimen ini

Artikel ini sudah 10 hari diterbitkan

Kerajaan akan membentangkan usul meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) di Dewan Rakyat dalam beberapa hari akan datang, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap pada simposium penyalahgunaan dadah di Kuala Lumpur hari ini, dia berkata pindaan yang dicadangkan itu diharap dapat menjadi "game changer" dalam usaha Malaysia memerangi penyalahgunaan dadah.

Antara lain, ia mencari perubahan dalam pendekatan pemulihan di mana penyalahguna dadah tidak lagi dianggap sebagai penagih sebaliknya dilihat sebagai pesakit yang memerlukan bantuan, kata Saifuddin.

Sekiranya cadangan pindaan itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta diwartakan, Saifuddin berkata pesalah dadah boleh tawar diri untuk rawatan dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tanpa perlu dikenakan kerenah birokrasi.

“...dengan pindaan ini, seorang penyalahguna dadah yang ingin mendapatkan rawatan boleh pergi ke AADK untuk mendapatkan bantuan.

“Pegawai pemulihan AADK kemudiannya akan melakukan beberapa ujian, selepas itu mereka boleh mencadangkan (dan memulakan) program rawatan yang sesuai untuk pelanggan.

“Sebelum ini, penyalahguna dadah perlu menjalani ujian dan pengesahan doktor perubatan sebelum boleh menerima rawatan,” katanya.

[Laporan penuh menyusul]