Skip to main
Logo Malaysiakini

Penduduk Sungai Bakap derita serangan lalat

Artikel ini sudah 9 hari diterbitkan

Nota editor: Gambar dalam laporan ini telah ditukar kepada yang betul. Kesilapan dikesali.


Serangan lalat yang telah berlarutan sejak sekian lama terus menghantui penduduk di Sungai Bakap terutama di kawasan pasar dan kedai makan.

Menurut peniaga, serangan lalat yang tiba secara bermusim itu berlaku akibat faktor cuaca serta datang daripada ladang ayam dan babi berhampiran.

Penjual ikan Mohd Zaini Mohd Ibrahim, 44 yang berniaga di pasar pagi Sungai Bakap berkata, ramai pelanggan mengadu mengenai masalah itu.

"Saya hanya jual ikan, jadi saya boleh halau tapi ia agak sukar bagi peniaga makanan," katanya.

Seorang pengusaha restoran, Mohd Yusuf Mohd Kassim pula menyalahkan ladang ayam dan babi sebagai punca serangan lalat.

Menurut Yusuf, keadaan itu menjadi lebih teruk apabila tiba musim menuai.

Sungai bakap yang terletak di Seberang Perai Selatan mempunyai jumlah petani tertinggi di negeri itu berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).

Terdapat sekurang-kurangnya 115 ladang berdaftar di bawah agensi kerajaan negeri itu yang terdiri daripada ladang ternakan ayam dan itik.

Mengulas mengenai masalah itu, pengarah JPVPP Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata kerajaan negeri menetapkan garis panduan ketat mengenai pengurusan ladang, seperti yang termaktub di bawah Enakmen Penternakan Ayam Pulau Pinang 2020 dan Peraturan Penternakan Ayam 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2024.

"Sebelum penguatkuasaan enakmen ini, undang-undang ini sepenuhnya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang," katanya kepada Malaysiakini.

"Kami telah memberi masa kepada penternak ayam berlesen sehingga 30 April untuk mematuhi syarat pelesenan yang ketat, terutamanya berkaitan pengurusan sisa yang betul," katanya.

Saira menambah pihaknya telah memulakan tindakan tegas dengan mengeluarkan enam kompaun kepada ladang-ladang yang menyebabkan masalah lalat menjadi tidak terkawal.

Masalah kesihatan

Bagi penduduk di kawasan tersebut, kehadiran lalat bukan hanya mengganggu, tetapi juga dikuathiri menyebabkan masalah kesihatan.

Seorang ibu kepada dua anak, yang hanya mahu dikenali sebagai Mena, berkata, dia risau mengenai tahap kebersihan dan kualiti makanan yang dimakan anak-anaknya.

"Saya bimbang berlaku keracunan makanan sebab saya ada anak di rumah, sudah tentu saya perlu berhati-hati," kata Mena.

Exco Pertanian negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol, berkata kerajaan negeri telah menggariskan strategi jangka panjang untuk menangani punca masalah ini.

Katanya, selain penguatkuasaan undang-undang, Pulau Pinang adalah negeri pertama mewajibkan sistem penternakan tertutup, yang bukan sahaja dapat mengawal masalah lalat tetapi juga ekosistem industri itu secara keseluruhan.

[Baca berita penuh]