Skip to main
Logo Malaysiakini

Timbalan menteri Maldives ditahan didakwa amal ilmu hitam

Artikel ini sudah 10 hari diterbitkan

GLOBAL | Seorang timbalan menteri di Kementerian Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga Maldives telah ditahan oleh pihak polis.

Tidak jelas apakah punca Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan, tetapi laporan dalam talian pada Jumaat mendakwa beliau dikatakan terlibat dengan amalan ilmu hitam.

Shamnaz dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.

Beliau telah digantung daripada jawatannya bersama bekas suaminya, Adam Rameez, yang merupakan seorang menteri di Pejabat Presiden Mohamed Muizzu, menurut laporan di laman sesawang The Edition.

Kedua-duanya digantung tugas kerana siasatan yang sedang berjalan, menurut laporan itu yang memetik Jurucakap Presiden Heena Waleed.

- Bernama