Kemalangan Genting Highlands: Pemandu bas direman 4 hari
Pemandu bas pesiaran yang terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan dua warga China ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, Bentong semalam direman empat hari.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan berkata pemandu bas berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sekitar 10.30 malam tadi sebelum direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Semalam media melaporkan pemandu bas itu tidak mempunyai lesen memandu dan memiliki 27 saman lampau melibatkan pelbagai kesalahan.
Dalam nahas jalan raya kira-kira 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di KM 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai