Skip to main
Logo Malaysiakini

Noh Omar sah sertai Bersatu

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, 66 mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli parti Bersatu.

Bekas ahli parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian kelmarin (3 Julai) tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta.

"Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baru demi agama, bangsa dan negara," katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.

Sebelum ini, Noh dipecat daripada Umno disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

- Bernama