Skip to main
Logo Malaysiakini

Anwar simpati pada Trump

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mezahirkan rasa simpati terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang cedera dalam kejadian serangan ketika berkempen semalam.

"Kita baru dapat maklumat awal apa pun pendirian kita tentang mana-mana tokoh.

"Oleh yang demikian kita lahirkan simpati kepada Donald Trump dan mengharapkan keadaan terkawal," katanya kepada media selepas Sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang, hari ini.

Terdahulu, Trump dilaporkan cedera dalam insiden tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS.

Trump dilihat dengan telinga kanannya berlumuran berdarah ketika beliau dibawa keluar dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis ke atas kem pelarian al-Mawasi pada 13 Julai 2024.

"Malaysia mengutuk keras pengganas Israel keatas penduduk wanita, orang awam dan kanak-kanak di Gaza.

"Tindakan ini diteruskan kerana kegagalan negara besar mempertahankan kemanusiaan dan hak, oleh itu kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian kita keras mengutuk kezaliman berterusan tanpa perikemanusiaan rejim zionis Israel,"katanya lagi.

Jelas Anwar, serangan itu telah mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan ratusan orang yang lain.