Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.
“Pihak berkuasa Israel masih tidak membenarkan penghantaran minyak yang diperlukan kepada petugas kemanusiaan, oleh itu pengagihan makanan terjejas,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza.
Dujarric berkata bahawa “satu serangan berlaku 100 meter dari pusat operasi bantuan kemanusiaan dijalankan di Deir al-Balah.”
Beliau menegaskan meskipun berdepan situasi getir, operasi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan.
- Bernama- Wafa
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai