Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr M dirawat di IJN akibat batuk

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak Isnin lepas.

Menurut pembantunya, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana batuk dan akan menerima rawatan untuk beberapa hari.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir menyambut hari lahirnya ke-99 pada 10 Julai.

-Bernama