Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang di Iskandar Puteri
Nota editor: Artikel ini dipinda pada 9 Ogos 2024, dengan membuang nama kanak-kanak itu.
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam.
Beliau berkata kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar 'Mickey Mouse' di bahagian dada dan berseluar pendek.
"Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi menerusi talian 017-7051097, hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai