Remaja dilaporkan hilang ditemukan di stesen bas
Remaja perempuan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai, ditemukan selamat di sebuah stesen bas di Triang, Bera hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata gadis itu ditemukan orang awam 2.30 petang tadi dan telah dibawa ke balai polis berdekatan.
“Remaja itu ditemui dalam keadaan stabil dan kita akan bawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi keperluan siasatan. Kita juga akan rakam percakapan remaja itu sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan pihak polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja selepas dilaporkan hilang di Lurah Bilut, Bentong.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai