Mayat dijumpai terapung di Sungai Jertih
Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di Besut, Terengganu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.
Beliau berkata mangsa yang berpakaian lengkap dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam.
“Identiti mayat belum diketahui kerana polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.
“Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.
Abdul Rozak berkata mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai