Skip to main
Logo Malaysiakini

UAE bimbang ketegangan serantau berterusan

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

GLOBAL | Emiriah Arab Bersatu (UAE) memantau rapat perkembangan di rantau ini dan meluahkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berterusan serta impaknya terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

Dalam satu kenyataan di Abu Dhabi, Kementerian Luar Negeri UAE menekankan pentingnya semua pihak untuk berhemah dan membuat pertimbangan yang wajar bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan konflik daripada merebak.

"UAE percaya bahawa menggalakkan dialog, mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati kedaulatan negara-negara adalah asas penting dalam menyelesaikan krisis semasa," menurut kenyataan itu.

UAE juga menegaskan keperluan untuk menyelesaikan pertikaian melalui saluran diplomatik, bukan melalui permusuhan dan peningkatan ketegangan.

- Bernama