Ringgit diunjur kekal prestasi terbaik di Asia - Standard Chartered
Standard Chartered Bank Research mengekalkan unjurannya bahawa ringgit kekal mencatat prestasi terbaik di rantau ini berikutan ia satu-satunya mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar AS, setakat ini pada tahun ini.
Dalam laporan penyelidikan “Malaysia-Outperformer,” bahagian penyelidikannya berpandangan, libat urus pihak berkuasa dengan organisasi berkaitan untuk menggalakkan penghantaran balik ke negeri asal di samping menukar dan melindung nilai hasil mata wang asing mereka, telah mendorong kepada prestasi terbaik ini.
Selain itu, katanya asas pendasar turut positif kepada ringgit, antaranya pegangan asing yang rendah di Malaysia, perbezaan dasar monetari yang dijangka meningkat bagi bank pusat Malaysia berbanding penurunan di rantau ini serta pelancongan yang terus pulih.
"Selain itu, kami menyaksikan ringgit telah pulih dengan ketara dalam tempoh singkat dan potensi pembinaan semula rizab mungkin memperlahankan kenaikan selanjutnya secara relatif," katanya.
Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya Amerika Syarikat mungkin mewujudkan sedikit risiko kepada mata wang tempatan, terutama tindakan tarif yang tegas kepada China.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai