Skip to main
Logo Malaysiakini

Pakar dakwa hubungan pertahanan AS-Filipina boleh jejaskan Asean

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Pakar kajian China, Ngeow Chow Bing, memberi amaran bahawa kerjasama pertahanan yang diperkukuhkan antara Amerika Syarikat dan Filipina berpotensi memberi impak kepada kesepakatan Asean di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan China.

Ngeow merujuk kepada kebenaran tambahan yang diberikan kepada tentera AS untuk mengakses empat lagi pangkalan di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang Diperkukuhkan dengan Filipina.

"Perpecahan Asean akan berlaku jika konflik China-AS terjadi," kata pakar tersebut.

Menurut Reuters, empat pangkalan baru tersebut termasuk pangkalan laut dan lapangan terbang, yang terletak di lokasi strategik yang bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan AS dalam menentang pengaruh China di Laut China Selatan.

Dalam ucapan penutupnya semasa pelancaran buku pada Khamis, Ngeow juga mempersoalkan skop Perjanjian Pertahanan Bersama (MDT) 1951 yang ditandatangani antara AS dan Filipina, yang antara lain, memerlukan kedua-dua negara untuk saling menyokong jika pihak lain menyerang Filipina atau AS.

"MDT bertujuan merangkumi wilayah Filipina, termasuk pulau-pulau dan kawasan metropolitan, tetapi ketidakpastian mengenai sempadan yang tepat masih berterusan," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Ngeow menyebut peranan Asean dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam rantau ini, dengan menyatakan bahawa sebarang tindakan negara anggota untuk membantu aktiviti ketenteraan sekutu asing boleh berisiko mengganggu konsensus.

Ngeow menyebut peranan Asean dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam rantau ini, dengan menyatakan bahawa sebarang tindakan negara anggota untuk membantu aktiviti ketenteraan sekutu asing boleh berisiko mengganggu konsensus.

Tahun lalu, AS berkata negara itu mempertahankan perjanjian dengan Filipina dalam menghadapi gangguan oleh pengawal pantai China di Laut China Selatan dan tetap bimbang terhadap "intimidasi" oleh Beijing.

Lawatan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr ke AS menunjukkan kekuatan dan kesepakatan pertahanan antara kedua-dua negara, kata Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel J Kritenbrink.

Filipina mendakwa pengawal pantai China melakukan "manuver berbahaya" dan "taktik agresif" di Laut China Selatan, dalam satu lagi konfrontasi maritim antara kedua-dua negara.

Terdahulu Ngeow melancarkan buku "The Bases of Our Insecurity", sebuah buku baru yang ditulis oleh Roland G Simbulan, seorang sarjana Filipina dalam kajian pembangunan dan pengurusan awam di Universiti Filipina.

[Baca berita penuh]