Skip to main
Logo Malaysiakini

Malaysiakini kurangkan iklan, pelanggan lancar baca

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Pelanggan Malaysiakini kini boleh mengalami pengalaman membaca yang lebih lancar. Selamat tinggal kepada iklan timbul (pop-up) dan selamat datang kepada pengalaman melayari portal ini lebih lancar bermula 6 Ogos.

Pengalaman membaca anda penting untuk kami. Kami ambil kira pandangan dan maklum balas anda.

Apa maksud perkembangan baru ini?

Malaysiakini kini mempunyai kurang iklan kepada pelanggan. Kami membuang kebanyakan iklan timbul untuk pelanggan. Ini memberikan pengalaman membaca lebih lancar dan menyenangkan. Sesetengah iklan dalam artikel dikekalkan, tetapi tidak diletakkan di tengah-tengah kandungan.

Adakah harga langganan akan meningkat?

Tidak, kami tidak menaikkan harga.

Kenapa tidak 100 peratus tiada iklan?

Untuk menyeimbangkang kemahuan pembaca dan kelangsungan jangka masa panjang syarikat, kami mengurangkan iklan kepada pelanggan.

Saya belum melanggan. Apa perlu saya buat?

Jika anda belum melanggan tetapi mahu membaca Malaysiakini yang kurang iklan, langganlah sekarang dan sokong kewartawanan bebas.

Saya sudah langgan. Apa perlu saya buat?

Jika sudah melanggan, anda tidak perlu membuat apa-apa. Kami memperkenalkan ciri ini secara tidak mengganggu pembaca lain. Kami hargai sokongan anda yang percaya pada kuasa kewartawanan bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

Selain melanggan, ada cara lain untuk saya sokong kewartawanan bebas?

Galakkan lebih ramai orang melanggan dan membaca Malaysiakini. Sokongan pembaca adalah cara terbaik untuk kami terus memperjuangkan apa yang kita percaya, tanpa bergantung kepada pengiklan semata-mata.

Bagaimanapun saya boleh berikan maklum balas berkaitan pengalaman pengguna laman web ini?

Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel [email protected] atau WhatsApp: https://wa.link/53sf4k

Dengan melanggan, anda bukan saja menikmati pengalaman baru pembacaan, tetapi juga mendukung kewartawanan bebas dan membolehkan kami terus menyampaikan kebenaran.

Langganan anda membolehkan kami mempertahankan fokus terhadap kualiti pemberitaan tanpa perlu bimbang terhadap kebergantungan kewangan. 

Dukungan terhadap kami adalah pelaburan kecil ke arah mewujudkan masyarakat lebih bermaklumat dan kerajaan yang lebih telus. Tidak kira sama ada anda pelanggan baru atau lama, kami berterima kasih kepada yang tidak jemu-jemu menyokong kami selama ini.