Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.
“77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” demikian menurut hantaran itu.
PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta jemaah menteri.
Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Perdana Menteri ke-10 itu diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai