Skip to main
Logo Malaysiakini

101 mangsa banjir Gerik ditempatkan di dua PPS

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Seramai 101 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hulu Perak selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan bahawa dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Gerik telah dibuka sejak pukul 1 pagi tadi berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung, iaitu Kampung Badaring, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.

"Seramai 64 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Basia Lama manakala 37 mangsa daripada 16 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kebanyakan daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada sebelah petang dan malam ini.

- Bernama