Skip to main
Logo Malaysiakini

Sokongan Orang Asli positif, kata calon PN

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Calon PN, Mohd Rizwadi Ismail yakin sokongan masyarakat Orang Asli terhadap parti itu positif dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

Ini kerana masyarakat Orang Asli sudah menerima kehadiran mereka tidak seperti pilihan raya sebelum ini.

"Orang Asli asli kita nak tengok maklum balas alhamdulillah sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) positif," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli, Kampung Langsat, Gua Musang.

Mohd Rizwadi berkata, isu Orang Asli akan menjadi tumpunnya jika diangkat sebagai Adun Nenggiri pada 17 Ogos nanti.

Katanya, dia akan menjadi penghubung kepada masyarakat Orang Asli dan kerajaan negeri pimpinan PAS secara terus.

“Jika diberi mandat sebagai Adun Nenggiri, saya akan wakili mereka bertemu dengan kerajaan negeri apa keperluan untuk bantu masyarakat Orang Asli.

"Saya juga akan mengetengah dan membawa isu-isu serta suara Orang Asli kepada kerajaan negeri secara terus dan secara langsung,” katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menyeru pengundi masyarakat Orang Asli supaya memecahkan sokongan kepada calon PAS dan BN.

Hamzah berkata ia satu strategi supaya mana-mana parti yang bertanding tidak mempermainkan masyarakat Orang Asli.

"Kita kena ada strategi contohnya separuh (sokongan Orang Asli kepada) BN, separuh PN menunjukkan bahawa mereka tahu bahawa jangan diperkotak-katikan mereka.

"Jadi, orang PN pun sedar orang BN pun sedar. Itu yang patut mereka lakukan," kata Hamzah.