Skip to main
Logo Malaysiakini

Ku Li turun kempen Selasa ini

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri Tengku Razaleigh Hamzah akan mula turun padang bermula 13 Ogos nanti untuk bertemu pengundi.

Meskipun begitu, bekas ahli parlimen Gua Musang itu sentiasa memantau secara dekat kempen PRK DUN Nenggiri.

Perkara itu dimaklumkan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim merangkap timbalan pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu.

"Tengku (Razaleigh) mula turun (kempen) bermula 13 haribulan ini, walaupuan beliau tak ada di sini tetapi laporan harian kita berikan kepada beliau.

"Pemantauan daripada Tengku sentiasa dilakukan dari masa ke semasa, pergerakan kita dipantau dan diketahui beliau.

"Rekod beliau sebagai pengarah pilihan raya, menyebabkan beliau sudah tahu terperinci rakyat berada di PDM ini sebab itu kita kena lapor kepada beliau supaya beliau dapat baca kaedah sokongan pengundi," katanya pada sidang media di Bukit Cekati, Gua Musang, hari ini.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi yang terbabit memilih mengundi secara pos.

Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim.

Mohd Azmawi bakal dicabar calon PN Mohd Rizwadi Ismail bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Sementara itu, Mohd Syahbuddin ketika ditanya mengenai ketiadaan bekas Adun Nenggiri Mohd Azizi ketika kempen PRK DUN Neggiri menjelaskan yang ahli parlimen Gua Musang itu menyokong BN.

"Pada peringkat awal apabila dia kata beri sokongan kepada calon BN maka saya ajak dia kempen sama, tetapi mungkin beliau berpandangan cukup dengan jentera BN turun kempen maka setakat ini beliau melakukannya secara belakang tabir.

"Saya ada jumpa dengan keluarga YB Mohd Azizi dan keluarga YB Mohd Azizi menyatakan bahawa Mohd Azizi ini memberi sokongan kepada celon BN dan meminta ahli keluarga beliau turut bersama berkempen untuk calon BN," katanya lagi.