Kishida tak minat terus jadi PM Jepun
Artikel ini sudah sebulan diterbitkan
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berhasrat untuk tidak bertanding dalam pilihan raya presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah bulan depan, kata sumber kerajaan pada Rabu, keputusan yang akan menyebabkan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Beliau akan mengadakan sidang akhbar pada 11:30 pagi, menurut Agensi Berita Kyodo memetik pejabat perdana menteri.
Kishida telah menjadi tumpuan kritikan dalam parti kerana cara beliau menangani skandal pengumpulan dana politik yang melibatkan beberapa faksi dalam parti itu.
Penarafan kelulusan untuk Kabinet Kishida yang dilancarkan pada Oktober 2021, telah menjunam ke julat 20 peratus berikutan skandal itu.
- Bernama-Kyodo
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai