Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pentadbiran kastam China pada Jumaat.
Individu yang memasuki China dari negara-negara yang merekodkan kes, mereka yang berhubung atau berinterasi dengan seseorang yang dijangkiti mpox, atau mereka yang mempunyai gejala akan diuji.
Kenderaan, barangan dan produk import lain dari kawasan yang terjejas oleh kes mpox juga harus disanitasi, menurut kenyataan itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam global, iaitu tahap amaran tertinggi.
Pengisytiharan itu dilakukan berikutan wabak jangkitan mpox di Congo telah merebak ke negara jiran.
WHO mendedahkan bahawa terdapat risiko wabak boleh merebak ke peringkat antarabangsa semula selepas penularan pada 2022 dan menjadi ancaman kesihatan yang meluas.
Pada Khamis, Sweden merekodkan kes pertama di luar benua Afrika untuk varian baharu mpox.
Varian clade I dipercayai lebih mudah berjangkit daripada varian sebelum ini dan berpotensi menyebabkan jangkitan yang teruk.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai