Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di Alor Setar, semalam.
Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang dengan terdapat kesan kecederaan teruk pada salah seorang mangsa.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9) sedang melakukan siasatan lanjut.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan mayat itu dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai