Skip to main
Logo Malaysiakini

Najib ambil alih jaga 'bayi' 1MDB bukan kerana tamak - Shafee

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

KES 1MDB | Bekas perdana menteri Najib Razak menjadikan 1MDB sebagai “bayi angkat” pada 2009 bukan kerana tamak, kata peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata demikian ketika penghujahan lisan semasa perbicaraan empat kes salah guna kuasa dan 21 kes pengubahan wang haram RM2.27 bilion dana 1MDB terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Muhammad Shafee berkata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi adalah “daya penggerak” di sebalik memindahkan syarikat itu, yang pada asalnya milik negeri, ke bawah persekutuan.

Pada mulanya dikenali dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA), 1MDB kemudian diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada 2009.

Shafee memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah yang Shahrol membangkitkan idea agar kerajaan persekutuan mengambil alih 1MDB, dan berulang kali membawa idea itu kepada Najib.

“Sebab untuk federalisasi (bukan) kerana ketamakan Najib (tetapi dia) diberi bayi untuk dijaga,” katanya.

Ketika perbicaraan pada 2019, bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin setuju dengan pihak pembelaan bahawa TIA diilhamkan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Agong pada masa itu.

Prosiding di depan Sequerah bersambung tengah hari esok.

[Baca berita asal]