Dituduh lebih teruk dari Dajal, Zahid: Yang Dajal tu PAS
PAU 2024 | Dilabel lebih teruk daripada Dajal, Umno hari ini memberi reaksi terhadap dakwaan dilemparkan musuh politik mereka semalam.
Dalam dewan persidangan hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada hakikatnya yang bersifat dajal ialah PAS sendiri.
"Yang dajal tu diorang (PAS)," katanya.
Semalam Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno sebuah parti rosak dan meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan.
"Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada Dajjal," kata Abdul Hadi.
Dia yang juga bekas duta khas bertaraf menteri mendakwa Umno - bersama PH sebagai kerajaan - "membeli rakyat dengan wang dan kebendaan" untuk mengawal negara.
Abdul Hadi juga mendakwa kerajaan menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang "diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi".
"Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang.
Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajjal yang tidak memungut cukai," dakwa Abdul Hadi.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memberi reaksi sinis ketika ditanya tentang kenyataan Abdul Hadi.
“Tak apalah, (jika) penafsiran al-Quran dia begitu, biarlah.
“Saya tidak dapat nak sanggah sebab saya tidak sealim beliau,” katanya.
Namun menteri luar itu berkata, melabel pihak lain sebagai dajal hanya memburukkan perpecahan di kalangan orang Melayu.
“Jadi saya ambil sikap, orang nak kata apa pun katalah. Pahala Allah yang akan kirimkan kemudian,” katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai