Mayat dipercayai bayi ditemukan dalam lantai simen rumah
Mayat dipercayai bayi ditemukan tertanam dalam lantai simen halaman sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di Ipoh tengah hari tadi.
Mayat yang belum diketahui jantina dan anggaran usia itu dipercayai ditemukan oleh individu yang mahu membuat pengubahsuaian rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
"Belum dapat fakta lengkap, setakat ini hanya maklumat awal dan maklumat lanjut akan dikongsi," katanya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai